Readme 1st.



1- Contain Spoilers. If you don't like spoilers, do not continue reading.

2-
DO NOT COPY & PASTE I don't like people who copy my work. Strictly no PLAGIARISM or alteration.

3- Link to this site Please leave a link to this site if you quote or take anything. It's http://www.haromoni.net or http://hm-asupa.blogspot.com

4-
The reviews are not copied from other site. I wrote every review with my own understanding of the show. It's a rough review. The contents are not 100% accurate. So don't blame me if you find my review is wrong. I only have basic Japanese Language education. Don't ask me to write every translation.


5- Screenshots does wonder. You can refer which episodes later when you found unnamed videos on the net.

Haromoni@ [#008] 2007.05.27



Satu lagi episod Haromoni@. Mikitty masih muncul di kaca tv anda jadi jangan risau. Minggu ini mungkin menarik sikit kerana tuan punya barang yang mereka pulangkan sangat ceria. Tetapi ada misteri disebalik episod ini kerana Kamei hilang secara tiba-tiba lima minit selepas rancangan bermula.




Minggu ini dimulakan di hadapan Stesen Sangen-Jaya, Setagaya, Tokyo, Japan bersama-sama Ai-chan dan Akachin sahaja.



Member-member yang lain sudah pun memulakan aktiviti membeli makanan yang nampak pun sangat enak.

(Lagu yang dimainkan ketika ini ialah "Georgry Girl" oleh The Seekers. Ini bukan The Seekers yang diketuai oleh Uncle tu ya murid-murid).


Minggu ini mereka akan memulangkan berus ini kepada tuannya. Kelihatan Kamei juga ada dalam episod ni.


Nih ialah kawasan yang mereka akan pusing-pusing pada minggu ini.


Perjalanan dimulakan dan Gaki-san nampak tulisan diatas bata pejalan kaki.


Maka dia dan Sayumi pun bertanyakan soalan pasal bata ini kepada seorang datuk yang berhampiran.



Seterusnya mereka ke "bating senta" (bating baseball).



Gaki-san akan bating di situ. Dia hampir-hampir terkena bola yang dilontar/ditembak. Tapi kemudiannya dia dapat pukul hampir semua bola.


Seterusnya Reina pulak.


Sayumi... failed.


Mikitty... kena sajelah pukulan dia.


Kemudian pakcik kedai ni bagi kertas (keputusan/jumlah bating/souvenir/?) dekat mereka nih. Sayumi tak dapat.

-tamat bahagian pertama-


Aktiviti meronda diteruskan lagi dan kali ini mereka disertai oleh Koharu dan Mittsi. Kamei telah menghilangkan diri sejak di bating center tadi.



Mereka jumpa orang jual buih tepi jalan dan parti buih pun bermula. Ada orang datang membawa jeli lembik untuk mereka sentuh.




Ini adalah kedai kosmetik yang jual sabun dan macam-macam barangan untuk membersih dan mewangikan diri.


Mereka meneruskan perjalanan dan tiba-tiba mereka ternampak sebuah kenderaan pelik.



Mereka mengejarnya. Seorang penunggang motosikal dengan pantas membantu menghalang kenderaan itu dari terus bergerak.



Kalau dekat Malaysia, van kecil yang ada mesin kisar ais dikenali sebagai mamak jual cendol. Pakcik nih jual ais kisar dengan perasa atau di Malaysia dikenali sebagai Air Batu Campur (ABC).


"Banana miruku desu~"


Perasa karamel menjadi tarikan.


Kereta/motor/minivan yang sangat lama.


Yang nih kedai pakcik tu. Mesin kisar lama yang menggunakan kuasa tangan.


Baik mereka kemudiannya ke sebuah kedai gula-gula/souvenir?


Dalam kedai tu ada gambar-gambar lama kawasan itu dan ade gambar kereta yang sama macam pakcik jual ABC tadi.



Mereka pergi ke kedai kuih pulak dan ade pau yang besar. Pau yang besar tu dipotong-potong dan mereka makan sama-sama.



Mittsi menggunakan Bahasa Mandarin untuk berkomunikasi dengan cashier kedai tu. Komunikasi berkesan.

-tamat bahagian kedua-



Sudah tiba masa mereka memulangkan berus tadi. Mereka melalui lorong-lorong sempit sehinggalah sampai ke sebuah kedai makan.


Ni dia "puan" kedai. Haruna nama dia. Sangat ceria.


Berus pun diberi.


Dia guna untuk sapu bedak dekat muka dia. Pening kepala Gaki-san.


Berus tu dia guna untuk taruk perencah atas daging.


Makan-makan...



Kemudian, Haruna ini dia impersonate Ayaya. Lagu "Ne~e?". Masa Ayaya jadi emcee pun dia boleh tiru.



Lepas tu dia tiru Mikitty pulak lagu "Romantic Ukare Mode" dengan periuk dan botol sebagai props. Ini adalah faktor kecederaan para wota hari ini kerana menari di ruang tamu yang sempit.

Sedikit preview minggu depan dan rancangan tamat dengan PV single terbaru Viyuden.

Read the Full Review...


 

Copyright 2007 Haromoni.net
No part of the content or the blog may be reproduced without prior written permission.
Blogger Templates by GeckoandFly modified and converted to Blogger Beta by Blogcrowds.