Readme 1st.
2-
3- Link to this site Please leave a link to this site if you quote or take anything. It's http://www.haromoni.net or http://hm-asupa.blogspot.com
4-
5- Screenshots does wonder. You can refer which episodes later when you found unnamed videos on the net.
Minggu ini, Morning Musume dipecahkan kepada dua kumpulan dimana satu kumpulan terdiri daripada Koharu Kusumi dan Mitsui Aika manakala satu lagi terdiri daripada mereka selain Koharu Kusumi dan Mitsui Aika XD. Koharu dan Mittsi akan mencari mee ramen sepanjang 33 meter dan kumpulan lagi satu akan berjalan-jalan seperti biasa mencari "clue" untuk memulangkan objek yang mereka tunjukkan pada awal rancangan. Di bahagian terakhir, Koharu dan Mittsi akan menyertai kumpulan tersebut setelah tugas mereka selesai dan melakukan aktiviti di tempat asal objek yang mereka ingin pulangkan tersebut.
Minggu ini Morning Musume dan Akachin akan memulakan perjalanan mereka dari Gakugei-daigaku Station yang terletak di Meguro Ward, Tokyo.
Minggu ini mereka akan memulangkan sebuah;
a) Playar
b) Sécateur
c) Gunting
d) Pencabut bulu kening
Perjalanan pun dimulakan dan Mikitty cuba melakukan satu pergerakan yang kawaii.
Sila lihat di kiri screencaps, lelaki bertali leher itu dibayar gaji untuk mengangkat kot-kot Momusu sahaja.
Ai-Chan melakukan keganasan kepada Akachin.
Kedai pertama mereka singgah, dan Mikitty suruh Kamei masuk jumpa orang dekat dalam tu.
Mereka semua pun dijemput masuk kedalam. Ia adalah sebuah kedai perhiasan dalaman?
Seterusnya perjalanan diteruskan dan hari pun hujan memandangkan semua dah pakai payung dan lagu "Raindrops Keep Falling on My Head" nyanyian B.J. Thomas dimainkan.
Mereka ke sebuah kedai makan.
Kamei lagi disuruh masuk kedalam dan kali ni dia tarik Mikitty sekali. Tiba-tiba pulak ada lagu Star Wars keluar.
Pakcik ini baca jampi halau hantu XD. (Perbualan yang tak difahami).
Setelah puas bodek pakcik tu dapat la mereka semangkuk ramen.
Seterusnya footage Koharu dan Mittsi yang berada di China (Chinatown aje). Mereka perlu mencari sebuah kedai makanan Cina yang menjual ramen sepanjang 33 meter.
Sedikit pelajaran matematik yang membuktikan Mittsi lebih bijak mengira dari Koharu.
Dengan pita pengukur mereka mengukur kepanjangan 33 meter. Mereka agak curious dengan kepanjangan 33 meter.
Mereka tanya orang ramai pasal kedai nih tapi ramai yang tak tahu.
Sampailah seorang perempuan yang bawak mereka terus ke kedai yang mereka cari.
Mee Yigen trimasss... <--- translation tapi Yigen tu ape ye?
Mereka tidak melepaskan peluang bermain turntable (Koharu rindu dengan slot Turn Dori Chikin).
Mee pun sampai dan Koharu mengeluarkan pita pengukur versi no.2 pulak (berbeza dengan yang dia pakai masa dia ukur dekat jalan tadi).
Mereka makan sedikit demi sedikit sambil mengukur kepanjangan mee.
Sementara tu ditunjukkan cara membuat mee yang panjang ini. 800 Yen harga dia.
Memandangkan cara mereka mengira tu lambat dan kurang jitu, ditambah pula Koharu yang amat lemah dalam operasi penambahan dan dia memberi alasan telah lost count maka staf aje yang tolong kirakan. Panjang mee adalah 26m 75cm.
Rancangan diteruskan dengan kumpulan Momusu yang lain. Hari dah malam, Koharu dan Mittsi pun join mereka sekali berjalan-jalan.
Mereka nampak satu papan tanda dengan gambar kuih "taiyaki", dengan menu "Okonomiyaki" menarik perhatian mereka. Terus mereka pergi kedai tu.
Itulah kuih taiyaki yang dimasak dengan okonomiyaki. Kobis-kobis seperti beef/chicken foldover McD aje...
Suara cashier tu amat familiar laa...
Sampai dah ke bahagian terakhir dan mereka pun nak pulangkan playar tu.
Mereka masuk ke kedai jual permainan miniature.
Jawapannya ialah: Wire cutter
Wire cutter gunanya ialah untuk buang getah sekeliling wayar untuk mendapatkan bahagian logam dalam wayar tu.
Yossie dengan hobi barunya.
Dengan logam wayar tu bolehlah diikat atau dicucuk dengan patung-patung kecik dan dihiaskan pada pokok-pokok bonzai.
Mereka ke kedai bunga untuk membeli pokok bonzai.
Mainan-mainan kecil ini akan digunakan mereka untuk menghias bonzai masing-masing dalam pertandingan menghias bonzai yang akan diadakan.
Melainkan Yossie, mereka berpasangan dalam satu kumpulan. Mereka diberikan sedikit masa untuk menghias pokok masing-masing.
Yossie - "Lembu-lembu yang memanjat pokok"
Team Ai-Chan & Niigaki dengan tajuk gubahan: Morning Musume.
Eri & Mikitty: Orang kahwin di bawah pokok
Sayumi & Koharu : Berkelah di bawah pokok
Reina & Mittsi : Berbasikal mengelilingi pokok
Untuk menghakimi kerja mereka, dia nih (siapa nama dia ni ha?) akan menentukannya. Kelihatan dia ni menjatuhkan air muka diri sendiri dengan mengoyang-goyangkan anak patung Akachin tu seolah-olah tengah bercakap (Heh, dia lebih bagus dari Ai-Chan kan?).
Team Ai-Chan menang.
Tamat dengan preview single terbaru Koharu Kusumi - Happy
Subscribe to:
Posts (Atom)