Readme 1st.
2-
3- Link to this site Please leave a link to this site if you quote or take anything. It's http://www.haromoni.net or http://hm-asupa.blogspot.com
4-
5- Screenshots does wonder. You can refer which episodes later when you found unnamed videos on the net.
Haromoni@ [#005] 2007.05.06
Published by artszfar on Monday, May 7, 2007 at 5:53 AM6 Mei adalah hari terakhir Yossie bersama Morning Musume dan sekarang ni dia tentunya dah selamat bergraduasi. Malangnya tak ada episod special untuk Yossie pada minggu ni. Jalan-jalan seperti biasa. Seperti episod minggu lepas, Mittsi dan Koharu tidak bersama anggota Morning Musume. Mereka dengan slot Chinatown mereka. Slot ini khas untuk penonton mempelajari bahasa Mandarin agar Junjun dan Linlin tak perlu belajar bahasa Jepun. Baik sebelum itu, jangan lupa, 7 Mei adalah birthday Konno Asami.
Baik! Minggu ini Haromoni@ dimulakan di hadapan Nezu-Eki, Bunkyo-ku, Tokyo. Sekali pandang dengan mudah, seseorang itu akan perasan bahawa Koharu dan Mitsui tidak bersama mereka kerana seperti minggu lepas, mereka ada assignment mereka sendiri. Tapi Tsuji ada bersama mereka minggu ni.
Setiap minggu setiap dari mereka diberi peluang memegang satu objek yang perlu dipulangkan kepada kedai/tuan punya objek tu. Minggu ini mereka akan memulangkan benda yang dipegang oleh Sayumi.
Jadi apakah objek tersebut?
a)Pemukul lalat
b)Pembakar roti sandwich
c)Penangkap ikan
d)Portable radar
Let's Go!
Sambil mereka jalan, mereka borak-borak sampailah mereka ke satu kedai ni.
Kedai kuih Taiyaki. Kuih yang sama mereka makan minggu lepas.
Seterusnya mereka pergi ke sebuah lagi kedai dan beli makanan untuk burung merpati.
Mereka ke sebuah tempat yang ada burung merpati.
Yossie pandai berkomunikasi dengan burung merpati. Kebanyakkan burung merpati disitu adalah jantan dan mereka amat menyukai Sayumi XD.
Satu scene yang tidak sesuai ditontonkan kepada umum.
Kemudian mereka pun meneruskan perjalanan dan menemui mesin menjual susu.
Kemudian mereka cerita sedikit pasal Homo-chan nih.
Yossie nak beli yang kecil sebab yang kecil tu sangat pelik dan hanya digantung dengan tape luar mesin tu.
Tapi malangnya, tak keluar dah habis dan orang tua yang berada berhampiran mereka melarikan diri secara tiba-tiba. Tapi tak lama kemudian dia datang semua dan membuka mesin tu. Dia pergi ambil kunci tadi. Ada kopi dalam mesin tu?
Seterusnya mereka singgah ke sebuah lagi kedai. Salah satu menu itu menjadi tarikan.
Kamei kena masuk dalam. Kelihatan dia bertumbuk dengan Mikitty. Menjeling kebengangan.
Dia menanyakan tentang Ogyochi dekat tuan kedai tu. "Minna- eden tak paham" (Jepun-Minang-Standard).
Dia menerangkan yang benda tu dibuat dari "Ficus awkeotsang" - jelly fig. (harap betulla) yang membuatkannya menjadi jelly.
Food testing. Semua orang hanya boleh makan hanya setelah Mikitty makan. Ade paham?!
Terdapat variasi lain dalam penyediaan jelly ini.
Mereka ke tempat lain pulak selepas tu dan dekat kedai seterusnya ada poster-poster seorang lelaki pulak. Siapakah ini Hiroshi?
Dia adalah seorang penyanyi. Setelah beberapa ketika mereka telepon Hiroshi ni sebab salah seorang peminat dia ada nombor telepon dia.
Baik seterusnya slot Hakkan CM. Minggu ni Senorita Niigaki dan Victoria Kyamei akan naik tangga nih. Hiroshi akan menggantikan Mr.Sweat.
XD XD XD
Mereka buat date dengan Hiroshi dekat tangga tu la...
Mereka suruh dia menyanyi secara live. Dengan handheld karaoke. Brand dia ialah Mamekara. Orang yang beri Mamekara itu ialah Omame.
Antara peminat yang hadir mendengar nyanyian Hiroshi. Dia seorang yang sangat glamor dan mempunyai peminat dari pelbagai peringkat umur dan spesis XD.
Dan seterusnya mereka sampai ke bahagian dimanakan mereka akan memulangkan objek yang ditunjukkan. Kelihatan di belakang mereka ada 3 orang stalker tua. Di kedai inilah mereka akan memulangkan objek tadi. Dan dikedai ini pun ada poster Hiroshi tadi.
Mereka memanggil orang yang akan melayan mereka pada hari ni.
Objek tersebut digunakan untuk membakar biskut.
4 orang yang menunjukkan facial expression terbaik mereka.
Biskut yang dah siap.
Tuan kedai ini sangat excited, sehingga dia melompat. Hampir-hampir dia berputar.
Slot seterusnya adalah untuk Mitsui Aika dan Kusumi Koharu yang berada di China Town. Mittsi memegangkan gambar seekor panda batu.
Mereka ke kedai kuih pau dan membeli kuih pau berbentuk panda. Mereka tanya pasal gambar panda tu kepada seorang perempuan tapi tak dapat jawapan.
Seterusnya mereka beli aiskrim yang ada kaitan dengan panda dan menanyakan pasal panda tu pada brader jual aiskrim tu. "Saya dah beli aiskrim awak jadi awak jawab soalan saya!".
Mereka tanya beberapa orang lagi dan tiada jawapan pasal panda tu.
Mereka kemudiannya ditunjukkan footage dari tempat lain tempat terletaknya patung panda tu. Di situ ada 12 patung mengikut haiwan dalam kalendar Cina dan yang peliknya panda pun ada.
Maka pakcik nih pun menerangkan sebab-sebabnya.
oooo begitu...
Tamat dengan promosi single terbaru Abe Natsumi, Too Far Away ~Onna no Kokoro.
0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)