Readme 1st.



1- Contain Spoilers. If you don't like spoilers, do not continue reading.

2-
DO NOT COPY & PASTE I don't like people who copy my work. Strictly no PLAGIARISM or alteration.

3- Link to this site Please leave a link to this site if you quote or take anything. It's http://www.haromoni.net or http://hm-asupa.blogspot.com

4-
The reviews are not copied from other site. I wrote every review with my own understanding of the show. It's a rough review. The contents are not 100% accurate. So don't blame me if you find my review is wrong. I only have basic Japanese Language education. Don't ask me to write every translation.


5- Screenshots does wonder. You can refer which episodes later when you found unnamed videos on the net.

Haromoni@ [#006] 2007.05.13



Minggu ini Haromoni@ agak berlainan sikit kerana ketiadaan Yossie yang telah graduated minggu lepas. Selain itu, Kusumi Koharu juga tiada dalam episod hari ini. Di akhir episod, ada slot mengenai kemunculan Jun Jun dan Rin Rin pada konsert graduation Yossie pada 6 Mei lalu bertempat di Saitama Super Arena. Ada juga diselitkan sidang media perkahwinan Tsuji Nozomi. Sedia kan sekotak tisu kerana anda akan menangis melihat;
1- Graduation Yossie.
2- Jun Jun menangis sebab gembira.
3- Rin Rin menangis sebab tengok graduation Yossie.
4- Tsuji yang akan berkahwin (untuk peminat Tsuji atau laki dia tu).
5- Member-member Momusu yang menangis sebab Yossie graduate.
5- Koharu yang takde dalam episod ini (untuk peminat Koharu).



Minggu ni kita bermula dalam electric tram yang sama dalam PV Joshi Kashimashi Monogatari. Hanya ada Mikitty, Risa, Ai-Chan, Eri, Sayumi dan Reina ajer...


Minggu ini mereka akan pulangkan benda plastik ini.


Mula-mula sekali mereka pergi ke Joyful Minowa Shopping Arcade, berhampiran Minowabashi Station, Arakawa-ku, Tokyo.


Masa tengah berjalan dan cakap bura-bura ("memberi-bura" XD) Mitssi datang dari belakang.


Kedai pertama mereka singgah, mereka beli Yakitori yang sama konsepnya dengan sate atau ayam percik. Mikitty layan dulu.



Sekelip mata mereka ke kedai kedua, makanan lagi. Ai-Chan pulak makan.



Jalan lagi dan Mittsi nampak sesuatu dekat satu kedai. Ada kertas tertulis perkataan "shiberia".
Maka Risa yang mendapat A dalam subjek geografi menerangkan ape itu Siberia.


Dialog berikut memang menarik dalam episod ini:
Sayu: Shiberia! (sambil menunjuk kepada Eri)
Eri: AuuuMMmmnnn!!!

XD. Bunyi mengaum tu saje tambah ahah!



Seterusnya Risa masuk dalam kedai tu. Eri gelak sebab bukan dia yang kena masuk dalam.



Risa makan kek shiberia yang diambil namanya sempena landasan keretapi trans-siberia.



Mereka jalan lagi dan Reina ternampak satu signboard penerangan tentang pokok. Signboard tu patah dan mereka dapat tahu benda yang tertulis dekat situ ialah "paruto".


Eri tanya seorang makcik dekat situ pasal pokok "paruto" ni.


Risa telefon seseorang yang tahu pasal pokok ni. Eri gelak lagi.


Paruto adalah gabungan antara "parupu" dengan simen. XD



Mereka ke sebuah rumah, yang ada banyak pokok paruto nih dan pakcik tuan rumah nih terangkan cara nak buat/tanam paruto nih.


Baik seterusnya ke bahagian kedua rancangan ini. Mereka jalan lagi dan ternampak sebuah playground.


Dekat situ ada bebanan dengan nilai tertentu. Reina panjat tapi dia tergantung kerana dia ringan. Risa+ Sayumi baru 40kg??!!



Mereka nampak sesuatu dekat padang. Eri datang kepada mereka. Mereka sedang main model kapal terbang. Mereka cerita pasal kapal terbang tu dan penonton dibawa ke sebuah muzium kapal terbang.


Model kapal terbang tu sangat mudah terbang dan ia dilancarkan dengan getah. Permainan ini amat seronok bagi mereka yang takde life.



Cara nak buat amat mudah tapi kena teliti barula dapat terbang dengan elok.


Untuk melancarkan kapal terbang ini, semua dikehendaki memakai google.


Mereka semua diajar cara-cara untuk melancarkan kapal ini.


Perlancaran dilakukan secara beramai-ramai tapi tak kemana pun kapal ni pergi.


Bagi balik kepada tuan punya kapal ni. Mereka sangat excited kerana tak sangka aktiviti mereka ni dapat masuk tv dan mereka dapat jumpa dengan awek-awek choomel.



Perjalanan diteruskan dan mereka nampak satu banner. Reina terus ke kedai dan membeli makanan yang dijual.



Nampaknya peniaga ini menggunakan teknik hypnosis dan black magic supaya makanan dia rasa sedap.


Bila sebut Mikitty jer makanan terus jadi tak sedap XD. Jadi kalau nak makanan yang tak sedap tu menjadi sedap, sebutlah nama girlfriend/boyfriend anda (sekiranya ada).


Dah sampai kebahagian ketiga rancangan. Mereka meneruskan lagi aktiviti berjalan-jalan dan akan memulangkan benda plastik warna pink tu.


Mereka pun tiba ke kedai asal benda tu dan memanggil tuan kedai tu keluar.



Benda tersebut adalah pembuka botol yang sangat special yang hanya boleh buka sesetengah botol aje. Bukan buka tapi sekadar menebuk lubang di mulut botol itu.



Semua orang dapat minum dan ditunjukkan proses pembotolan. Semasa ucapan terima kasih daripada Akachin, tuan kedai ni tidak pandang pada anak patung Akachin, tapi memandang kepada seiyuu dekat sebelah. Muka masing-masing dah pelik dah. XD
Tamat segmen jalan-jalan.

Segmen Jun Jun dengan Rin Rin, Yossie's Graduation dan Tsuji yang nak kahwin.


Minggu lepas bertempat di Saitama Super Arena,Jun jun dan Rin Rin keluar buat pertama kali depan penonton.


Nih masa mereka menunggu nak keluar ke pentas.

Keduanya berbahasa Jepun agak baik.


Nih masa mereka mengenalkan diri diatas pentas.



Nih pulak temuramah lepas mereka mengenalkan diri. Ahahahah Jun jun menangis, kerana gembira dapat cakap dalam bahasa Jepun di depan 15000 orang penonton.


Seterusnya tentang graduation Yossie. Masa sorak tu, boleh nampak Jun Jun memegang sekeping kertas yang dipercayai skrip yang dia sedang hafal untuk cakap depan penonton.


Menghampiri waktu graduasi.





Ucapan/tangisan graduation untuk Yossie.




Dan masa ni dia tunjuk Jun Jun dan Rin Rin tengok upacara tersebut ikut tv. Boleh nampak Rin Rin menangis tersedu-sedu, dan dia terus peluk Jun jun... waaaaaahhhh!!!
Seolah-olah Rin Rin nih adik kepada Jun Jun betul-betul!


Sedikit footage Yossie selepas daripada konsert tersebut. Tak menangis... dia hebat XD.

Tsuji & Ultraman Cosmos


Aha... ade juga news untuk pasangan bahagia nih dekat Haromoni@?
Seperti yang kita tahu, Tsuji akan berkahwin dengan pelakon Ultraman Cosmos, pada bulan Jun ini dan Tsuji telah mengandung 2 bulan.

Rancangan diakhiri dengan sedikit preview untuk minggu depan dan rancangan pun tamat dengan preview PV Single terbaru Abe Natsumi.

0 Comments:

Post a Comment




 

Copyright 2007 Haromoni.net
No part of the content or the blog may be reproduced without prior written permission.
Blogger Templates by GeckoandFly modified and converted to Blogger Beta by Blogcrowds.