Readme 1st.
2-
3- Link to this site Please leave a link to this site if you quote or take anything. It's http://www.haromoni.net or http://hm-asupa.blogspot.com
4-
5- Screenshots does wonder. You can refer which episodes later when you found unnamed videos on the net.
Minggu ini ada perubahan dalam rancangan ini. Mereka tidak memulangkan barang, tapi mereka melakukan aktiviti yang dapat memberikan mereka hadiah. Ada cabutan bila nak makan, jadi macam Hello! Morning dulu-dulu. Episod ini memberikan banyak kemenangan kepada Ai-Chan.
Minggu ini seperti biasa, segmen utama bersama Ai-chan, Risa, Eri, Sayumi dan Reina. Minggu ini mereka berada di hadapan Jiyƫgaoka Station yang terletak di Meguro Ward, Tokyo.
Mereka terus berjalan di kawasan berhampiran dan disaksikan oleh orang ramai. Mereka jumpa dengan patung jerami yang diletakkan di luar sebuah kedai. Mereka meraba-raba kepala patung itu mengambil berkat.
Proses meraba itu berterusan...
Kedai itu menjual plush doll.
Mereka kemudiannya singgah di sebuah gerai Momi & Toy's, yang mejual makanan manis-manis. Hanya 3 orang daripada mereka yang akan dapat makan, dan ini ditentukan dengan cabutan.
Walaupun Reina memandang tempat lain, Eri nampak dia tengok batang kayu bertanda.
Yang dapat, Risa, Eri dan Reina. Kamei kata ini berkat meraba kepala patung tadi. Sayu dan Ai-Chan sangat kecewa.
Makanan yang biasa kita lihat dalam Hello! Morning dan Haromoni@.
Eri order Chocolate Custard
Risa Strawberry Chocolate. Ahhh lawak, tengah feel makan buat muka pelik Huh~ plak...
Reina dengan mixed fruits.
Ah ini air specialitykedai tersebut. Lagu yang dimainkan masa ini aku selalu dengar tapi tak ingat tajuk dia XD.
edit: Brian Hayland - Itsy Bitsy Teenie Weenie Yellow Polka Dot Bikini
Seterusnya mereka pergi kedai jual perhiasan dan cenderahati. Yang baju pink tu tuan punya kedai yang telah bersiap sedia dengan baju terbaik dia sebab nak masuk tv.
Disebabkan Sayumi dan Ai-chan kalah cabutan bertuah tadi, mereka mencabut kayu tilik pulak. (kayu tilik kan?).
Untuk mendapatkan benda ini yang ditaja khas oleh owner kedai ini, Ai-chan kena makan salah satu dari kuih ni. Kalau dapat kuih sedap, dia boleh bawak balik cenderahati tu.
Ai-chan dapat!
Reina dengan rajinnya mencium kuih yang tak sedap itu.
Mereka kemudiannya ke sebuah kedai, Ke: Miyu dan di dalam kedai tu ada kuih macam yang Ai-Chan makan.
Cara buat kuih tu.
Mereka pandai buat kuih tu nampak sedap...
Sayumi dan Reina makan. Reina menterjemahkan rasa kepada perkataan dan body language.
Seterusnya mereka berjalan dan ternampak signboard "Hawaiian Hula Dance Studio". Cara Ai-chan membaca Romaji lebih kurang macam orang baru belajar baca kana.
Kawaii kawaii mereka berkata. Cikgu dansing ni nama dia Tanya. Dia sangat excited bila bertemu dengan mereka dan dia gelak tanpa tapisan. Semua orang kemudiannya meniru cara dia gelak.
Mereka beratur di belakang senpai-senpai mereka dan mengucapkan salam. Dan hanya satu sahaja respons yang diterima, budak yang paling kecik dan kawaii itu. Dia seorang budak yang kecoh aka talkative.
Mereka pakai gaun. Saya mahu diperlakukan seperti Akachin ahahahaha. Budak kecik itu memberi komen, oppss mengejek sebagai "Shippo", watak dari anime Inuyasha, seekor musang ekor besar yang memakai seluar ungu. Siapa yang pakai costume musang ye?
Bila disuruh menari untuk diuji, Reina memberi alasan...
Ujian tarian dijalankan.
Keputusan diumumkan dan Ai-Chan menang.
Mereka ke kedai lain pulak. Kat luar kedai tu ada anak patung Abe Shinzo, Perdana Menteri Jepun, dan X-PM.
Dalam kedai tu ada banyak lagi patung orang yang terkenal, contohnya jejaka idaman gadis Jepun iaitu Ronaldinho.
Ada anak patung bayi yang mempunyai berat yang sama dengan orangnya sewaktu mereka dilahirkan.
Lepas tu Ai-Chan diberi hadiah sebab menang menari Hawaii tadi. Anak patung muka dia.
Sama???
Tamat segmen utama. Tiada pulang barang.
Segmen Koharu dengan Mittsi. Hari ni mereka memasak masakan Cina. Bersama-sama mereka seorang tukang masak.
Koharu memasak sambil menjerit-jerit. Mereka masak sayur goreng kicap.
Mittsi melakukan food testing dan memberi komen.
Tukang masak tu menunjukkan cara memasak dengan betul.
Lepas tu mereka pun makan...
Rancangan tamat dengan preview minggu depan dan PV Berryz Koubou.
Subscribe to:
Posts (Atom)