Readme 1st.
2-
3- Link to this site Please leave a link to this site if you quote or take anything. It's http://www.haromoni.net or http://hm-asupa.blogspot.com
4-
5- Screenshots does wonder. You can refer which episodes later when you found unnamed videos on the net.
Haromoni@ [#010] 2007.06.10
Published by artszfar on Sunday, June 10, 2007 at 6:54 PMIni adalah episod ke-10 Haromoni@. Tiada perubahan dalam rancangan ini. Masih berkonsepkan "Jalan-jalan cari makan pulang barang". Minggu ni mereka pergi ke Tokyo Tower dan tempat-tempat menarik di dalam dan sekitarnya.
Minggu ini Haromoni@ memulakan episod dengan Reina, Eri, Ai-Chan, Sayumi dan Risa. Dari jauh mereka menuju ke Tokyo Tower.
Mereka akan memulangkan benda yang Reina pegang ni. "Mayuge Biiiimu~"
Apekah benda tersebut?
a) Tapak selipar yang belum siap
b) Telinga rabbit untuk costume yang Sayumi selalu pakai
c) Chon Chon <--- ini jawapan dia
Dengan menggunakan jari sahaja mereka mampu menghasilkan teropong buatan sendiri. Mereka meneropong pelantar pemerhati yang terletak dekat situ dan tali misteri yang merentangi di sebelah tepi menara tersebut.
Kohari dengan Mittsi pun join mereka. Tali yang mereka nampak sebelah menara tu adalah tali untuk kren ini.
Kamei memulakan siasatan pasal benda tu. Dia pergi mencari, memanggil dan membawa seorang staf Tokyo Tower. Setelah diterangkan oleh staf Tokyo Tower tu, kren tu digunakan untuk mengangkat barang pembinaan ke atas.
Mereka pun masuk dan naik ke Tokyo Tower tu. Dekat lantai pelantar tu ada bahagian yang dia letak cermin, jadi boleh nampak bawah.
Risa masih takut lagi dengan lantai tu. Masa Hakkan! CM, dia dengan Eri dah duduk dah atas ni.
Reina melompat atas lantai tu dan ini menakutkan Ai-Chan.
Kemudian mereka dipecahkan kepada 2 kumpulan. Kumpulan Ai-Chan dan Kumpulan Risa.
Kumpulan Risa pergi ke sebuah muzium.
Yang papan nih dia tunjukkan Jepun punya GDP yang sentiasa meningkat.
Group AI Chan pergi ke Tokyo Curry Lab. Tidak seperti namanya, ia bukannya sebuah tempat penyelidikan kari, kilang memproses kari, mahupun tempat di mana kari berasal. Ianya sebuah kedai makan.
Makan nasi dengan kari.
Group Risa turun ke tingkat 3. Mereka jumpa sebuah meja yang ada cawan-cawan untuk permainan sport-stacking dimana, cawan-cawan ini akan disusun dalam bentuk piramid dalam masa yang terpantas.
Kamei 7:78 saat. Sangat slow~
Percubaan kedua 7:03 saat
Risa 6:66
Reina 5:34
Mereka seterusnya masuk ke dalam The World Guinness Record Museum.
Samada ni kasut terbesar atau kaki terbesar.
Group Ai chan pergi ke Tokyo Tower Aquarium Gallery. Dalam tu ade ikan. Ikan-ikan dalam tu semuanya boleh dibeli.
Yang paling mahal diorang jumpa harga dia 2,500,000 yen. Ikan Arowana. Dalam Ringgit Malaysia, RM 71,180.75. Lebih kurang harga sebuah kereta Proton Waja.
Mereka beli ikan bilis sebab murah XD.
Kemudiannya, kedua-dua kumpulan tadi bertemu dan mereka membandingkan 'souvenir" yang mereka beli. Group Ai-Chan dengan ikan bilis yang mereka beli tadi, manakala group Risa dengan "puppet" panda yang sangat aktif. (Keaktifan bergantung kepada siapa yang menjadi puppeteer dia la~XD).
Ini masa mereka beli panda tu.
Kumpulan yang menang dapat makan nasi dari OmtRak ini. Singkatan dari Omelette dan trak.
Eri memesan "Pokuho white sauce".
Risa dengan "Nasi ayam tomato".
Reina "Beef Demigrass sauce"
Tiba masanya mereka akan ke tempat asal benda pelik tadi.
Setelah diamati, mereka mengenal pasti bahawa dua objek tadi adalah "Chon chon" untuk papan tanda atas bumbung depan kedai tersebut.
"Chon chon" akan mengubah huruf "Ku" kepada "Gu'. Jadi nama kedai tersebut dari Bikkuramen menjadi Bigguramen. Bererti ramen yang besar.
Mereka memanggil tuan kedai dengan harapan dapat makan free pada hari itu.
Mereka akan makan Bigguramen dan kelihatan Ai-Chan sangat pandai mengawal pergerakan Akachin. Tentu ramai penonton tertipu kerana memikirkan Akachin ini benda hidup dan boleh bergerak dengan sendirinya. XD
Semua member dikehendaki menutup mata kerana di restoran tersebut, semua waiter yang terdiri daripada lelaki tidak memakai baju.
Bila mereka bukak mata, semuanya kagum dengan "kebesaran" ramen tersebut.
Penyediaan dan perbandingan ramen.
Tanpa kehadiran Mikitty, Sayumi dengan mudah menjadi perasmi ramen tersebut.
Eri cuba membodek Sayumi dengan membetulkan rambut Sayumi secara manja agar dia dapat makan ramen tu. Dan seterusnya dia berjaya.
Mereka semua pun makan...
Risa cuba mengatakan sesuatu yang pelik tentang daging tu. Sebenarnya, dia ingin sangat makan semua daging tersebut tanpa berkongsi dengan Ai-chan dan Koharu. Imej seterusnya menunjukkan ketinggian ramen tersebut.
Rancangan tamat dengan sedikit preview minggu depan dan PV single terbaru Berryz Koubou.
0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)