Readme 1st.



1- Contain Spoilers. If you don't like spoilers, do not continue reading.

2-
DO NOT COPY & PASTE I don't like people who copy my work. Strictly no PLAGIARISM or alteration.

3- Link to this site Please leave a link to this site if you quote or take anything. It's http://www.haromoni.net or http://hm-asupa.blogspot.com

4-
The reviews are not copied from other site. I wrote every review with my own understanding of the show. It's a rough review. The contents are not 100% accurate. So don't blame me if you find my review is wrong. I only have basic Japanese Language education. Don't ask me to write every translation.


5- Screenshots does wonder. You can refer which episodes later when you found unnamed videos on the net.

Haromoni@ [#011] 2007.06.17



Hari ini ada sedikit perubahan sedikit. Sangat sedikit perubahannya. Perubahan yang dimaksudkan ialah semua anggota MM ni dapat pakai baju baru. Hari ini mereka akan berjalan-jalan dan akan membawa sedikit hadiah kepada "seseorang" sempena hari lahirnya. Tapi seperti biasa mereka tak terus ke destinasi, mereka akan singgah ke mana-mana kedai yang mereka rasa menarik bagi mereka tanpa mengira samada penonton akan tertarik atau tidak




Episod minggu ini dimulakan di hadapan Station Kichijouji, yang terletak di JR Chūō Main Line and Keio Inokashira Line, barat daya Shinjuku di Tokyo. Mereka membaca task pada hari ini pada skrin besar di bandar itu.


Kamei memegang bakul berisi buah-buahan yang akan hilang sewaktu mereka berjalan-jalan.



Mula-mula mereka singgah kedai kek bernama Petit Sier. Kamei memicit loceng tanpa sebelum arahan dikeluarkan. Kat dalam kedai kek ada kek.



Setelah puas mereka memuji kek-kek yang ada di situ, kesemua mereka dapat melakukan food testing.


Sementara tu ditunjukkan proses membuat kek dikedai tu.


Risa dengan kek coklat.


Sayumi yang tidak dapat membezakan antara kaviar dan rasberry.


Eri dengan cheese cake.



Seterusnya mereka singgah di sebuah kedai "Carnival" yang menjual barangan runcit dari luar negara seperti Amerika. Mereka kemudiannya diberikan 10 minit untuk mengumpulkan barangan yang berkaitan dengan idol.


Risa dengan set makanan berbentuk heart.


Ai-chan dengan set makanan kanak-kanak.


Eri dengan krim dan sirap karamel.


Ini Reina punya.


Sayumi dengan botol-botol rempah.


Antara kesemuanya, Risa yang menang.


Kemudian mereka minum di sebuah kafe. Mereka dihidangkan dengan kopi Latte yang ade corak-corak dekat atas dia.


Ade gambar anjing, gambar heart dan mambang kuning.



Mereka kemudiannya berkenalan dengan tukang buat air tersebut yang rajin membuang masanya berkarya di atas kopi. Dia pun melakukan sedikit demonstrasi.



Setelah minum, mereka nak makan pulak. Mereka singgah sebuah kedai menjual daging dan sayur bakar. Macam sate la juga kiranya.



Akhirnya mereka sampai ke sebuah zoo.



Mereka akan memberi buah-buahan dan roti yang didalam bakul kepada seekor gajah yang menyambut harijadi yang ke 60.


Dalam bakul tu ada buah epal, pisang, 2 jenis buah yang tak dikenali dan beberapa keping roti. Jadi setiap sorang pilih la makanan pilihan mereka untuk diberi kepada gajah ni, dengan harapan gajah ni makan, makanan yang mereka pilih.


Gajah ni makan kesemua makanan yang ada, bermula dengan epal yang dipilih Reina dan akhir sekali, roti yang dipilih oleh Eri (hmmm dia takde pilihan makanan lain sebenarnya). Tamatla aktiviti bagi 5 orang ini.


Segmen Koharu dengan Mittsi.


Koharu bercita-cita nak jadi Ronaldinho jadi dia tunjukkan kemahiran dia menendang bola.



Mereka berdua berjumpa dengan perempuan ini yang akan mengajar mereka menimbang. Tapi bukan menimbang bola tapi menimbang bulu tangkis. Kemudian ditunjukkan kegagalan demi kegagalan Koharu menimbang bola.



Mereka bermain permainan ala bola tampar dan kegagalan Koharu masih ditunjukkan di sini.


Mittsi menggelengkan kepala memandang kelemahan Koharu ini.

Rancangan tamat dengan sedikit preview minggu depan dan PV single terbaru Berryz Koubou.

Bila agaknya aktiviti jalan-jalan ni tamat?

0 Comments:

Post a Comment




 

Copyright 2007 Haromoni.net
No part of the content or the blog may be reproduced without prior written permission.
Blogger Templates by GeckoandFly modified and converted to Blogger Beta by Blogcrowds.