Readme 1st.



1- Contain Spoilers. If you don't like spoilers, do not continue reading.

2-
DO NOT COPY & PASTE I don't like people who copy my work. Strictly no PLAGIARISM or alteration.

3- Link to this site Please leave a link to this site if you quote or take anything. It's http://www.haromoni.net or http://hm-asupa.blogspot.com

4-
The reviews are not copied from other site. I wrote every review with my own understanding of the show. It's a rough review. The contents are not 100% accurate. So don't blame me if you find my review is wrong. I only have basic Japanese Language education. Don't ask me to write every translation.


5- Screenshots does wonder. You can refer which episodes later when you found unnamed videos on the net.

Haromoni@ [#013] 2007.07.01



Minggu ini Haromoni@ ada dua tetamu jemputan, seorang juara membeli belah dan seorang lagi competitive eater yang pernah muncul dengan Morning Musume di zaman awal kemasukkan generasi kelima. Hari ini mereka akan membeli belah barangan dapur dan makan ramen bersaiz sangat besar. Bagi segmen Koharu dan Mittsi, mereka ada kuiz bahasa Cina dimana yang menang dapat makan makanan yang disediakan.



Rancangan Haromoni@ dimulakan dengan segmen utama dengan 5 hos yang biasa kita tengok pada setiap minggu memandangkan Koharu dan Mittsi ada segmen mereka sendiri iaitu Ai-Chan, Risa, Eri, Sayumi, dan Reina.

Minggu ini mereka ada seorang tetamu jemputan iaitu Arai-san. Arai-san ni juara rancangan salah satu rancangan TV-Tokyo berkenaan dengan membeli belah rasanya.


Mereka ke sebuah pusat membeli-belah di Arai-san akan mengajar mereka semua, cara-cara menyumbat barangan kedalam plastik bungkusan. Ini sangat bergunanya sekiranya sesebuah pusat membeli-belah itu mengenakan cas mengikut beg plastik.

Di Malaysia selalunya ada kalau kita nak beli durian yang biasa dicas mengikut plastik sekiranya lambakan buah banyak.




Mula-mula mereka akan menyumbat sosej-sosej kedalam beg plastik yang disediakan. Arai-san akan lawan dengan Eri dalam mengisi sosej ini. Jika disusun dengan elok, bilangan sosej akan dapat lebih banyak.


Boleh dilihat cara mereka mengisi sosej-sosej tersebut. Arai-san sebelum itu telah menarik-narik(stretch) plastik itu supaya lebih kembang dan lebih banyak barang yang boleh dimasukkan.


Eri dapat memasukkan 1.2kg sosej dalam plastik itu.


Arai-san 2.1kg.


Seterusnya mereka melihat bagaimana memaksimumkan bungkusan ramen kedalam beg plastik. Ramen itu juga boleh disangkutkan ditepi beg plastik.



Seterusnya mereka akan memasukkan lobak merah aka carrot kedalam beg plastik. Di sini semua orang mengambil bahagian.


Ai-chan mengembangkan beg plastik tapi malangnya koyak.


Mereka memutarkan reaksi Ai-chan banyak kali.



Sementara mengisi carrot, Akachin dikacau oleh beberapa orang Morning onna no ko. Ada yang sangat gembira kerana dapat tisu cenderahati rancangan Haromoni@ ini.



Arai-san berjaya memasukkan 4.2kg lobak dalam plastik itu. Sayumi pula sebanyak 3.4kg.

Reina 3.1kg, Ai-chan 2.8kg.



Eri dapat memasukkan hanya 1.9kg sahaja dan ini amat merisaukan dia. Namun Eri selamat kerana Risa pula hanya dapat memasukkan 1.8kg sahaja. Risa kalah.



Sebagai denda, Risa terpaksa minum minuman yang mempunyai bau yang sangat teruk.


Reaction Queen ini memang pandai menghasilkan reaksi yang menarik. Tapi akhirnya dia berlari entah ke mana kerana tak tahan dengan rasanya.


Kobis man mendapat set baru!



Seterusnya, mereka semua ke sebuah kedai ramen dimana mereka bertemu dengan seorang lagi jemputan. Nama dia "Giant" dan kalau tak silap Nobuyuki "The Giant" Shirota. Dia seorang competitive eater yang pernah muncul dengan Morning Musume suatu ketika dulu dalam satu Christmas Special (ala... rancangan yang ada biawak diorang ikat daging kat kepala tu.)

note: Natsuko "Gal" Sone aka Sonene dari Gyaruru pun seorang competitve eater.



Mereka sangat terkejut melihat saiz Jumbo Ramen yang disediakan. Amat jauh beza dengan saiz biasa.





Mereka pun makan...



Morning Musume walaupun berkongsi 5 orang, mereka tak dapat menghabiskannnya. Tapi bagi encik Giant, sampai menghirup kuahnya.


Licin...


Mereka sangat kagun dan berasa pelik kerana encik Giant makan sangat banyak. Gambar menunjukkan bahan-bahan yang digunakan.


Mereka merasa perut encik Giant yang mengandungi ramen termampat. Sebenarnya encik Giant ada menunjukkan cara memampatkan makanan sebelum itu.

Segmen utama pun tamat...


Segmen Koharu dan Mittsi. Minggu ini mereka ke sebuah restoran makanan Cina.


Mereka akan melakukan kuiz yang akan dihakimi tukang masak yang sangat kelakar dan ceria ini. Mereka perlu menjawab maksud perkataan Cina yang diberikan dengan melukiskan pada kadbod yang disediakan.




Soalan pertama berjaya dijawab oleh Mittsi. Dia sangat cacat.



Soalan kedua berjaya dijawab dengan betul oleh kedua-dua mereka.


Koharu tidak kempunan pada minggu ini.

Rancangan tamat dengan sedikit sedutan minggu depan dan PV C-ute yang sangat sangat sangat menarik dan ceria.

0 Comments:

Post a Comment




 

Copyright 2007 Haromoni.net
No part of the content or the blog may be reproduced without prior written permission.
Blogger Templates by GeckoandFly modified and converted to Blogger Beta by Blogcrowds.